Harga minyak naik menjelang OPEC

Harga minyak naik menjelang OPEC

SINGAPURA, 26 Sept – Harga minyak naik sederhana di Asia hari ini sebelum mesyuarat para pengeluar minggu ini yang mungkin bersetuju mengurangkan bekalan.

Tetapi para penganalisis memberi amaran keyakinan daripada pengalaman lebihan bekalan dan ketidaksepakatan selama dua tahun dikalangan para anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

OPEC dan Rusia dijangka memulakan rundingan lewat hari ini ketika menghadiri Forum Tenaga Antarabangsa di Algiers, dalam mencari jalan untuk menstabilkan harga minyak yang lemah sejak 2014.

Rundingan sebelum forum pada minggu lalu antara peneraju OPEC, Arab Saudi dan anggotanya Iran, adalah suram, dengan kedua-duanya tidak bersedia komited untuk membekukan pengeluaran, yang mengakibatkan harga menjunam lebih 3.0 peratus pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun kedua-dua kontrak besar melambung semula hari ini selepas menteri tenaga Algeria berkata semua pilihan masih dibincangkan, menurut penganalisis pasaran OANDA, Jeffrey Halley.

“Dengan adanya mesyuarat OPEC, dan Forum Tenaga Antarabangsa dalam tempoh tiga hari akan datang, serta perdebatan pertama presiden AS berlaku esok pagi waktu Asia, menjangkakan perdebatan minyak akan berterusan dari harapan kepada realiti,” katanya.

Pada kira-kira 0315 GMT, tanda aras AS bagi West Texas Intermediate bagi penghantaran November naik 31 sen kepada AS$44.79, manakala minyak mentah Brent naik 37 sen kepada AS$46.26.

Di sebalik keadaan positif itu, kebimbangan masih ada selagi perjanjian belum dapat dicapai, memandangkan cubaan sebelumnya pada April lalu telah dirosakkan oleh Iran, yang baru saja muncul dari sekatan yang dikenakan oleh pihak Barat selama bertahun-tahun akibat nuklear. – AFP