Harga minyak pada paras AS$50 setong

Harga minyak pada paras AS$50 setong

SINGAPURA, 3 Jun – Harga minyak naik dalam perniagaan pada tengah hari di Asia selepas satu kemerosotan dalam inventori minyak mentah AS menghapuskira keengganan OPEC untuk memperkenalkan had pengeluaran.

Komoditi tersebut pada mulanya merosot semalam selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum mengakhiri mesyuaratnya di Vienna tanpa sebarang perjanjian, seperti dijangkakan, untuk mengurangkan atau mengehad pengeluaran meskipun kemelesetan bekalan global.

Bagaimanapun, ia berpulih selepas laporan daripada Jabatan Tenaga AS menunjukkan inventori minyak mentah komersial merosot sebanyak 1.4 juta tong pada minggu lalu, menandakan satu pertambahan dalam permintaan dalam pengguna minyak mentah teratas dunia.

Pada kira-kira 0700 GMT, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada bulan Julai naik 11 sen pada AS$49.28 satu tong manakala Brent untuk Ogos adalah 16 sen lebih tinggi pada AS$50.20.

Gambar fail bertarikh 30 Mei 2016 menunjukkan pusat penapisan minyak Lavera berhampiran Marseille. - AFP
Gambar fail bertarikh 30 Mei 2016 menunjukkan pusat penapisan minyak Lavera berhampiran Marseille. – AFP

Satu kenyataan muktamad daripada OPEC berkata sejak mesyuaratnya pada Disember “harga minyak mentah telah naik sebanyak lebih 80 peratus, bekalan dan permintaan sedang bertemu dan minyak dan tahap stok pengeluar dalam OECD (ekonomi perindustrian) baru-baru ini menunjukkan kesederhanaan.”

Penganalisis Pasaran IG Bernard Aw memberitahu AFP bahawa kegagalan OPEC untuk mencapai persetujuan mengenai had baru telahpun diambil kira oleh pelabur.

“Mesyuarat OPEC tidak mengejutkan dan merupakan peristiwa yang mengecewakan,” kata beliau. “Untuk sekarang harga masih condong dan masih mempunyai halangan besar untuk mengatasi AS$50.” – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA