Harga minyak pulih dari tahap rendah

Harga minyak pulih dari tahap rendah

SINGAPURA, 8 Jan (AFP) – Harga minyak berpulih daripada tahap rendah 12-tahun di Asia hari ini tetapi krisis pasaran saham global yang dicetuskan oleh China dan bekalan berlebihan minyak mentah membimbangkan pelabur.

Kemerosotan dalam saham China menimbul kebimbangan seterusnya mengenai kemelesetan pertumbuhan ekonomi negara dan kesannya ke atas permintaan minyak. China adalah ekonomi kedua terbesar dunia dan negara pengguna minyak utama.

Beijing berusaha memberi jaminan kepada pasaran lewat semalam dengan membatal sistem pemutus litar yang telah membawa kepada penggantungan perniagaan saham dua kali pada minggu ini.

Dan bank pusat menetap kadar rujukan yuan berbanding dolar lebih tinggi selepas kelemahan selama lapan hari berturut-turut. Keputusan Beijing semalam untuk menetap tambatan pada tahap rendah lima-tahun membimbangkan pasaran, sekaligus mencetuskan penjualan global dan menyebabkan minyak mencecah tahap rendah 12-tahun.

Pada kira-kira 0600 GMT, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada bulan Februari naik 69 sen, atau 2.07 peratus, pada AS$33.96 dan minyak mentah Brent untuk Februari bertambah 73 sen, atau 2.16 peratus, pada AS$34.48.

WTI mencecah tahap rendah sebanyak AS$32.10 semalam, paling lemah sejak Disember 2003, sementara Brent mencecah AS$32.16, tahap paling rendahnya sejak April 2004.

“Masa depan minyak melihat sedikit permintaan hari ini memandangkan terdapatnya peningkatan dalam sentimen pasaran selepas bank pusat China menetap yuan pada tahap yang lebih kurang sama berbanding hari sebelumnya,” kata Bernard Aw, ahli strategi pasaran di IG Markets di Singapura.

“Pencetus untuk kemerosotan terbaru dalam harga minyak sudah tentunya menimbulkan kebimbangan mengenai permintaan global, didorong oleh kebimbangan mengenai China,” kata firma penyelidikan Capital Economics dalam satu nota.

ARTIKEL YANG SAMA