Harga minyak pulih di Asia

Harga minyak pulih di Asia

SINGAPURA, 22 Dis (AFP) – Harga minyak mencatat pemerolehan luar biasa dalam perniagaan Asia hari ini, dengan minyak mentah Brent berpulih daripada tahap rendah 11-tahun sementara pelabur menunggu laporan inventori minyak mentah AS.

Pada 0600 GMT, minyak AS West Texas Intermediate (WTI) untuk hantaran pada bulan Februari, kontrak baru, adalah 26 sen lebih tinggi pada AS$36.07 satu tong.

Standard Eropah, minyak mentah Brent untuk Februari, mencecah AS$36.57, naik 22 sen daripada jumlah AS$36.35 di London semalam yang merupakan tahap paling rnedah sejak Julai 2004.

“Ia mungkin berubah sebelum laporan mingguan Amerika, yang harus menunjukkan inventori minyak mentah yang meningkat,” kata Bernard Aw, ahli strategi pasaran di IG Singapura.

Aw berkata jurang yang semakin sempit di antara WTI dan Brent menunjukkan kepercayaan pasaran bahawa inventori minyak AS mungkin merosot disebabkan pengeluar minyak syal Amerika, yang mempunyai kos pengeluaran lebih tinggi, sedang disingkirkan oleh harga minyak mentah yang rendah.

Selain daripada itu, sekatan 40 tahun ke atas eksport minyak AS telahpun dibatalkan.

“Saya mempunyai pandangan yang lebih positif. Pengiraan rig AS semakin meningkat. Inventori AS masih 130 juta tong melebihi lima tahun purata. Terdapat juga kira-kira 1.3 juta tong minyak mentah berlebihan yang dihasilkan setiap hari,” kata beliau.

ARTIKEL YANG SAMA