Harga minyak pulih di Asia

Harga minyak pulih di Asia

SINGAPURA, 7 Sept – Harga minyak berpulih di Asia hari ini di sebalik dolar yang lebih lemah tetapi sikap ragu-ragu bahawa pengeluar besar akan bersetuju untuk mengehad pengeluaran pada mesyuarat akan datang akan mengawal pemerolehan.

Dolar merosot selepas data semalam menunjukkan satu kemerosotan mendadak dalam sektor perkhidmatan AS, hampir menghapus sebarang kemungkinan kenaikan kadar faedah pada bulan ini.

Angka itu menyusuli bacaan ramalan yang lebih rendah mengenai aktiviti kilang dan pertumbuhan pekerjaan dan mendorong pelabur menjauhi dolar, sekali gus menyebabkannya merosot berbanding kebanyakan mata wang lain – menjadikan minyak mentah lebih murah.

Pada kira-kira 0705 GMT, minyak AS West Texas Intermediate naik 34 sen kepada AS$45.17 dan minyak mentah Brent naik 29 sen pada AS$47.55.

Dengan tiga minggu sehingga satu mesyuarat di Algeria, peniaga minyak sedang mengikut perkembangan mengenai Rusia dan OPEC mengharapkan tanda-tanda mereka akan mencapai satu perjanjian untuk mengatasi kemelesetan bekalan global yang telah menjejas harga selama dua tahun.

Semalam, Presiden Iran Hassan Rouhani berkata negaranya adalah komited untuk membantu menstabilkan pasaran minyak selepas bertemu dengan ketua OPEC Mohammad Sanusi Barkindo. – AFP