Harga minyak pulih sedikit

Harga minyak pulih sedikit

NEW YORK, 22 Jan (Reuters) – Harga minyak meningkat lebih AS$1 setong daripada paras terendah 12 tahun semalam, kenaikan harian terbesarnya tahun ini.

Kenaikan dibantu rali pasaran kewangan yang memberikan peniaga kelegaan untuk mengambil keuntungan dalam kedudukan singkat.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada AS$30 setong apabila harapan dasar monetari lebih longgar dari Eropah akan mencetuskan pemulihan dalam pasaran saham Eropah serta Wall Street.

Harga tidak terpengaruh dengan data AS yang menunjukkan peningkatan di luar jangkaan simpanan minyak mentah dan bahan api.

Seorang pekerja memanjat tangga di kawasan minyak Halfaya di Amara, tenggara Baghdad. – Reuters
Seorang pekerja memanjat tangga di kawasan minyak Halfaya di Amara, tenggara Baghdad. – Reuters

Sebaliknya, laporan itu mencetuskan belian di kalangan peniaga yang bimbang angka itu akan menjadi lebih buruk. Begitupun, sebahagian peniaga menjangkakan pemulihan segera daripada kelemahan ekonomi di China, pengguna minyak kedua terbesar dunia.

“Asasnya masih lemah dan anda perlu bimbang terhadap pertumbuhan ekonomi serta impaknya ke atas permintaan bahan api. “Justeru, ini berkemungkinan satu isyarat bahawa sebahagian benda dilakukan secara berlebihan berbanding yang lain,” kata penganalisis Tradition Energy di Connecticut, Gene McGillian.

Penanda aras Brent bagi penghantaran Mac meningkat AS$1.37 untuk berakhir pada AS$29.25, meningkat 4.9 peratus. Minyak mentah AS meningkat AS$1.18 untuk ditutup 4.2 peratus lebih tinggi pada AS$29.53 setong.

ARTIKEL YANG SAMA