Harga minyak rendah, AirAsia jimat RM160 juta

Harga minyak rendah, AirAsia jimat RM160 juta

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – AirAsia Bhd menjangka dapat menjimatkan AS$160 juta tahun depan daripada kejatuhan harga minyak mentah ketika tempoh perlindungan nilai kumpulan berakhir pada 2015.

“Enam puluh peratus kumpulan pesawat AirAsia adalah dilindung nilai. Minyak adalah komponen besar daripada kos kami dan ia telah merudum. Tiada lindung nilai tahun depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes.

Ketika ini tahap lindung nilai minyak kumpulan itu kira-kira AS$80 setong, kira-kira 50 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Daripada sudut kewangan, penurunan nilai wang tidak ada apa-apa berbanding penurunan harga minyak. Penurunan harga minyak mempunyai kesan yang lebih besar kepada kami (di segi pertukaran asing).

“Kedudukan mata wang ketika ini sebenarnya satu peluang kepada kami. Kami nampak peluang untuk menarik lebih ramai orang untuk terbang, kami tidak nampak kemerosotan dalam perniagaan kami,” katanya kepada wartawan selepas pelancaran konsep menu dalam pesawat bertemakan ‘Santan’ dan pengenalan pembelian menu dalam pesawat dan pra-tempahan penerbangan AiAsia dan AirAsia X. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA