Harga minyak susut akibat pengukuhan dolar

Harga minyak susut akibat pengukuhan dolar

SINGAPURA, 19 Mei (AFP) – Harga minyak melanjutkan pengundurannya di Asia hari ini selepas mesyuarat Simpanan Persekutuan AS mengukuhkan dolar dan laporan mingguan menunjukkan kenaikan dalam simpanan minyak mentah AS.

Harga mencapai ketinggian baru 2016 semalam sebahagiannya disebabkan penghentian pengeluaran ekoran kebakaran hutan yang berterusan sekitar pusat pasir minyak Kanada di Fort McMuray tetapi kembali pada nilai lebih rendah selepas dolar meningkat.

Nilai dolar lebih kukuh menjadikan minyak nilai dolar lebih mahal, yang menjejaskan permintaan dan menjejaskan harga.

Minit-mint dari mesyuarat dasar Simpanan Persekutuan AS pada April dan dikeluarkan semalam menunjukkan para penggubal dasar membiarkan terbuka kadar faedah yang meningkat pada Jun.

Kadar faedah lebih tinggi lazimnya menggalakkan para pelabur untuk beralih ke dolar bagi hasil lebih tinggi, yang menaikkan mata wang.

Pada pukul kira-kira 3:30 pagi waktu tempatan tanda aras AS West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Jun jatuh 72 sen atau 1.49 peratus kepada $47.47 setong. Brent bagi Julai jatuh 84 sen atau 1.72 peratus kepada AS$48.09.