Harga minyak susut akibat pertambahan stok

Harga minyak susut akibat pertambahan stok

SINGAPURA, 19 Feb (AFP) – Harga minyak merosot di Asia hari ini selepas pertambahan mendadak dalam simpanan stok minyak mentah AS dan keengganan Arab Saudi untuk mengurangkan pengeluaran membatalkan satu pemulihan oleh komoditi.

Perubahan haluan itu berlaku tatkala Jabatan Tenaga AS melaporkan pertambahan sebanyak 2.1 juta tong dalam inventori minyak mentah komersial AS, kepada jumlah tertinggi dalam lebih lapan dekad, serta pertambahan besar dalam gasolin dan produk lain.

Satu pertambahan inventori pada lazimnya mencadangkan permintaan lemah dalam pengguna minyak terbesar dunia dan merupakan berita buruk untuk pasaran yang dibelenggu bekalan berlebihanPemulihan harga juga berkurangan selepas Menteri Luar Saudi Adel al-Jubeir menolak sebarang pengurangan dalam pengeluaran minyak mentah negara.

“Jika pengeluar lain mahu mengehadkan atau bersetuju dengan satu pembekuan daripada segi pengeluaran tambahan, ia mungkin memberi kesan kepada pasaran, tetapi Arab Saudi belum bersedia untuk mengurangkan pengeluaran,” beritahu Jubeir kepada AFP dalam satu temu bual eksklusif.

Pada 0630 GMT, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada Mac merosot 27 sen atau 0.88 peratus kepada AS$30.50, sementara minyak mentah Brent untuk April merosot 33 sen, atau 0.96 peratus, kepada AS$33.95.Pada Rabu, WTI meningkat lebih tujuh peratus sementara Brent menambah 5.6 peratus, selepas Arab Saudi dan Rusia, dua pengeluar terbesar di dunia, bersetuju akan mengehad pengeluaran mereka tetapi hanya jika negara lain menyusuli.

ARTIKEL YANG SAMA