Harga minyak susut AS$27 setong

Harga minyak susut AS$27 setong

SINGAPURA, 11 Feb – Minyak mentah AS merosot di bawah AS$27 satu tong di Asia hari ini tatkala pasaran tepu berlebihan bergelut untuk mengatasi inventori tinggi di Amerika Syarikat dan pertambahan pengeluaran daripada OPEC.

Kemerosotan berlaku meskipun laporan mingguan Jabatan Tenaga AS menunjukkan stok minyak AS merosot kira-kira 800,000 tong untuk minggu berakhir 5 Februari, dengan peniaga melihat inventori masih pada jumlah yang tinggi.

Minyak AS West Texas Intermediate (WTI) untuk hantaran pada bulan Mac merosot 40 sen, atau 1.46 peratus, kepada AS$27.05 pada kira-kira 0600 GMT selepas berkurangan kepada AS$26.85 dalam sesi sebelumnya. Minyak mentah Brent untuk April merosot 14 sen, atau 0.45 peratus, kepada AS$30.70.

Pada 20 Januari, WTI merosot kepada AS$26.19 satu tong sebelum berakhir pada AS$26.55 pada hari yang sama, yang paling rendah sejak Mei 2003.

“Berdasarkan kemerosotan yang kami lihat dalam tempoh tiga sesi perniagaan terakhir, adalah mengejutkan untuk melihat minat penjualan yang agresif ketika zon masa kami,” kata Michael McCarthy, ketua penganalisis pasaran di MCM Markets di Australia.

Harga minyak mentah satu tong menunjukkan penurunan di Asia. – Reuters
Harga minyak mentah satu tong menunjukkan penurunan di Asia. – Reuters

“Berdasarkan kedudukan singkat dan peniaga yang terbabit di sini, adalah mungkin ia merupakan satu percubaan untuk mengatasi tahap rendah dan mencetuskan sedikit penjualan teknikal,” kata beliau menerusi telefon dari Sydney.

“Inventori minyak mentah yang tinggi di AS sedang memberikan tekanan meningkat ke atas harga WTI, menambah perbezaannya berbanding dengan minyak Brent,” kata Penyelidikan BMI dalam satu nota. Harga minyak pulih sejenak selepas laporan inventori minyak mentah komersial AS dikeluarkan semalam.

Bagaimanapun,harga merosot semula tidak lama kemudian tatkala peniaga mencatat bekalan gasolin yang lebih tinggi, pertambahan dalam stok di pusat perniagaan Cushing, Oklahoma dan kemerosotan kurang dalam penghasilan minyak. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA