Harga minyak terus meningkat

Harga minyak terus meningkat

SINGAPORE, 4 Ogos – Harga minyak meningkat pada awal dagangan hari ini, melanjutkan peningkatan yang dicatatkan pada sesi sebelumnya berikutan pengurangan yang besar dalam inventori petrol Amerika Syarikat (AS).

Laporan mingguan oleh Jabatan Tenaga yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bahawa bekalan perdagangan minyak mentah meningkat sehingga 0.3 peratus minggu lalu, tetapi inventori petrol dan pengeluaran minyak mentah dalam kedua-dua negeri tersebut menurun.

Angka ini dipantau oleh pelabur, yang menggunakannya sebagai petunjuk bekalan global, sementara stok petrol adalah fokus untuk pasaran di tengah-tengah musim panas.

Peningkatan yang dicatatkan semalam dan hari ini menandakan sekurang-kurangkan pengakhiran sementara aliran menurun mendadak sejak Jun, yang memperlihatkan kontrak hadapan minyak mentah jatuh kira-kira 20 peratus dalam nilainya.

“Harga minyak rali selepas laporan mingguan EIA yang menunjukkan inventori petrol jatuh paling banyak kali ini tahun ini sekurang-kurangnya bagi lima tahun,” menurut Bank ANZ.

Minyak mentah AS telah menurun di bawah paras AS$40 untuk pertama kalinya sejak April pada Isnin.

Pada kira-kira 0300 GMT, penanda aras US West Texas Intermediate meningkat 27 sen kepada AS$41.10 setong, manakala North Sea Brent telah meningkat 21 sen kepada AS$43.31.

Penganalisis, bagaimanapun, berhati-hati terhadap apa-apa keuntungan dalam jangka masa yang panjang.

“Tanda-tanda peningkatan pengeluaran daripada pengeluar utama membawa isyarat penurunan harga untuk pasaran dalam jangka panjang,” kata ketua Perkhidmatan EY minyak dan gas, Sanjeev Gupta. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA