Harga minyak tidak stabil

Harga minyak tidak stabil

SINGAPURA, 16 Jun (AFP) – Harga minyak merosot untuk sesi keenam berturut-turut hari ini di Asia, menjejaki satu penjualan ekuiti dengan jangkaan pemulihan dalam pengeluaran menambah kebimbangan mengenai ekonomi global dan kemerosotan yang lebih lemah daripada diramalkan dalam simpanan stok AS.

Jabatan Tenaga berkata inventori komersial merosot sebanyak 900,000 tong pada minggu berakhir 10 Jun, jauh lebih rendah daripada 2.33 juta yang diramalkan dalam tinjauan Bloomberg, mencadangkan permintaan sedang merosot dalam pengguna minyak teratas dunia.

Berita itu menyebabkan komoditi merosot dan pada kira-kira 0320 GMT hari ini di Asia, minyak AS West Texas Inetrmediate merosot 46 sen, atau 0.96 peratus, kepada $47.55 sementara Brent merosot 34 sen, atau 0.69 peratus, kepada $48.63.

Setelah bertambah hampir dua kali ganda di antara Februari dan minggu lalu, WTI telah merosot lapan peratus daripada tahap tinggi 11 bulan, sementara Brent telah kerugian lebih enam peratus daripada kemuncak lapan bulan.

ARTIKEL YANG SAMA