Harga minyak turun di Asia

Harga minyak turun di Asia

SINGAPURA, 4 Mei (AFP) – Harga minyak merosot di Asia hari ini tatkala peniaga menanti data pengeluaran yang tidak memberangsangkan dari China, yang menimbulkan kebimbangan mengenai permintaan lemah daripada pengguna minyak terkenal dunia, kata penganalisis.

Minyak AS West Texas Intermediate merosot dua sen kepada $59.13 sementara Brent merosot tujuh sen kepada $66.39 dalam perniagaan pada petang. Pasaran kewangan di Jepun, Thailand dan Malaysia ditutup untuk cuti am. Penganalisis berkata harga minyak menjadi lemah disebabkan reaksi terhadap data daripada syarikat perbankan global HSBC yang menunjukkan aktiviti pengeluaran China merosot kepada tahap rendah 12 bulan pada April.

HSBC berkata hari ini indeks pengurus pembelian (PMI) untuk sektor pengeluaran merosot kepada 48.9 pada April, menjadi lemah daripada 49.6 pada Mac dan yang paling lemah sejak 48.1 pada bulan yang sama tahun lalu.

Indeks itu, dikumpul oleh pembekal perkhidmatan maklumat Markit, menjejak aktiviti dalam kilang dan bengkel China dna dianggap sebagai pengukur keadaan negara besar di Asia itu. Satu bacaan PMI melebihi 50 menandakan pertumbuhan, sementara apa-apa yang kurang mengisyaratkan pengecutan.

“Bacaan PMI yang suram pada hari ini mencadangkan bahawa momentum ekonomi telah menjadi lemah,” kata Julian-Evans-Pritchard, ahli ekonomi China dan firma penyelidikan Capital Economics.

Sanjeev Gupta, ketua syarikat minyak dan gas Asia-Pasifik EY berkata harga minyak sedang mengekalkan beberapa sokongan disebabkan ‘kebimbangan geopolitik krisis di Yaman’.

ARTIKEL YANG SAMA