Harga pengguna Jepun alami kemerosotan paling lama

Harga pengguna Jepun alami kemerosotan paling lama

TOKYO, 25 Nov – Harga pengguna Jepun merosot pada Oktober, data kerajaan menunjukkan hari ini, melanjutkan siri kemerosotan paling lama dalam lima tahun dan menekankan pergelutannya untuk mengawal deflasi.

Data inflasi yang lemah, harga utama tidak termasuk makanan segar merosot 0.4 peratus berbanding setahun lalu, dicatat beberapa minggu selepas bank pusat Jepun menangguh jadual masa kerana mencecah sasaran inflasinya sebanyak 2 peratus. Sasaran BoJ adalah sebahagian daripada dasar utama Perdana Menteri Shinzo Abe untuk merangsang ekonomi nombor tiga di dunia itu.

Negara itu telah bergelut untuk menterbalik harga merosot dan pertumbuhan lemah tetapi data Oktober menandakan kemerosotan lapan bulan berturut-turut – yang paling lama sejak 2011.

Harga pengguna Jepun merosot pada Oktober, data kerajaan menunjukkan kelmarin, melanjutkan siri kemerosotan paling lama dalam lima tahun. – AP
Harga pengguna Jepun merosot pada Oktober, data kerajaan menunjukkan kelmarin, melanjutkan siri kemerosotan paling lama dalam lima tahun. – AP

Gabernor Bank Jepun (BoJ) Haruhiko Kuroda telah menyalahkan harga minyak mentah yang lemah sebagai punca utama di sebaluk kelemahan. Perdana menteri Jepun memilih Kuroda untuk membantu melaksanakan kempen pertumbuhan “Abenomics” yang terdiri daripada perbelanjaan besar, pemerolehan wang dengan senang dan pembaharuan struktural, dilancarkan pada awal 2013.

Program itu melemahkan yen – menambah keuntungan korporat – dan melancarkan pemulihan pasaran saham yang merangsang harapan untuk ekonomi yang pernah melambung naik pada satu ketika dulu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA