Harga perumahan di China meningkat

Harga perumahan di China meningkat

BEIJING, 1 Ogos – Kenaikan harga untuk rumah baru di China meningkat pada Julai berbanding bulan sebelumnya, satu tinjauan menunjukkan hari ini, dengan beberapa pembeli mungkin didorong oleh tindakan yang diambil di beberapa bandar untuk mengawal harga.

Harga purata untuk rumah baru di 100 bandar utama meningkat 1.63 peratus bulan-kebulan pada Jun kepada 12,009 yuan setiap meter persegi, kata Akademi Indeks China (CIA) dalam satu kenyataan.

Ia adalah lebih cepat daripada 1.32 peratus yang dicatat pada Jun. Harta tanah adalah sektor utama untuk ekonomi China, yang kedua terbesar di dunia dan penjana penting pertumbuhan global.

Beberapa bandar termasuk pusat komersial Shanghai telah memperkenalkan atau memberi petunjuk pada dasar untuk memperketat pasaran selepas harga harta dan tanah naik di kawasan mereka, kata CIA.

Mesej itu “telah memberi kesan ke atas jangkaan pasaran,” katanya, jelasnya menandakan pengguna bergegas untuk membeli.

Beijing telah memperkenalkan beberapa dasar untuk memulihkan sektor tatkala pertumbuhan ekonomi menjadi lemah, termasuk mengurangkan syarat-syarat bayaran pendahuluan minimum, memotong cukai urus niaga dan menyediakan insentif kepada pekerja penghijrah untuk membeli rumah.

Pelonggaran dasar itu mendorong harga di beberapa bandar besar naik pada tahun ini apabila permintaan terpendam dilepaskan. Namun pada masa yang sama negara itu mempunyai inventori besar rumah baru yang tidak dijual, kebanyakannya di bandar tingkat ketiga dan keempat.

Kerajaan telah berikrar akan mengambil langkah ‘khusus’ untuk mengatasi trend berlainan di rantau berlainan.

“Harga rumah keseluruhan di 100 bandar dijangka terus naik di sebalik latar belakang dasar untuk menstabilkan harga dan risiko kawalan dalam pelbagai cara,” kata CIA.

Harga rumah baru tahun-ketahun di China meningkat 12.39 peratus pada bulan lalu, naik daripada satu pertambahan sebanyak 11.18 peratus pada Jun, kata CIA. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA