Harga purata pesawat Airbus naik 1.1 peratus

Harga purata pesawat Airbus naik 1.1 peratus

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) – Airbus telah menaikkkan secara purata harga pesawat sebanyak 1.1 peratus bagi keseluruhan barisan produk keluarannya, berkuat kuasa 1 Januari.

Kenaikan harga telah dikira berdasarkan formula peningkatan standard Airbus bagi tempoh Januari 2015 hingga Januari 2016, dan mengambil kira penurunan harga bahan dan komoditi, katanya dalam satu kenyataan di sini.

“Harga baharu bagi 2016 mencerminkan minat kukuh para pelanggan kami di seluruh dunia ke atas barisan produk Airbus yang komprehensif, moden dan inovatif,” kata Ketua Pegawai Operasi, Pelanggan John Leahy.

Airbus ialah pengeluar barisan pesawat penumpang terkemuka di dunia, dengan kapasiti daripada 100 tempat duduk hingga lebih 500 tempat duduk.

Syarikat itu telah menjual lebih 16,300 pesawat kepada 380 pelanggan di seluruh dunia, dengan lebih 9,500 pesawat sudah diserahkan kepada pembeli masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA