Harga rumah baru menurun pada April

Harga rumah baru menurun pada April

BEIJING, 1 Mei (AFP) – Kejatuhan dalam harga rumah China menjadi perlahan pada April, satu tinjauan menunjukkan hari ini, selepas pihak berkuasa melonggarkan gadai janji dan dasar cukai dalam satu usaha untuk merangsang pasaran harta yang meleset di negara.

Harga purata sebuah rumah baru di 100 bandar utama China merosot 0.01 peratus bulan ke bulan kepada 10,522 yuan setiap meter persegi, kata Akademi Indeks China (CIA) dalam satu laporan di laman webnya.

Ia menandakan kemelesetan mendadak dalam kadar kemerosotan daripada 0.15 peratus yang dicatat pada Mac, menurut laporan.

Harga rumah telah merosot untuk lapan bulan berturut-turut sehingga satu pertambahan sedikit sebanyak 0.21 peratus pada Januari, angka CIA sebelumnya menunjukkan, sebelum menurun sekali lagi pada Februari.

Pelaburan harta adalah penjana utama untuk ekonomi China, sementara jualan tanah merupakan sumber utama pendapatan untuk kerajaan tempatan, yang telah terasa kesannya tatkala ekonomi meleset. Pasaran telah menjadi lembap kepada tahap sehingga pihak berkuasa rasa timbulnya keperluan untuk menyokongnya.

Bank Rakyat China (PBoC) pada akhir Mac mengurangkan bayaran pendahuluan minimum ke atas rumah kedua di seluruh negara, mengurangkan dasar empat tahun yang pertama diperkenalkan untuk mengawal harga meningkat yang telah menjadikan pemilikan rumah tidak mampu untuk kebanyakan orang dan menambah kebimbangan mengenai pergolakan sosial.

Ia juga memendekkan tempoh pemilikan di mana penjual berhak mendapatkan cukai pemerolehan modal sebanyak 20 peratus ke atas harta selain daripada rumah utama mereka.

Pelonggaran dasar pada Mac berkuatkuasa selepas PBoC melonggarkan dasar gadai janji pada September. Ia juga memotong kadar faedah dua kali sejak November dan dua kali pada tahun ini yang telah mengurangkan peratusan wang yang mesti dipegang oleh bank dalam simpanan, dalam usaha untuk merangsang pinjaman.

Pertumbuhan ekonomi China telah merosot kepada 7.4 peratus pada tahun lalu, yang paling lemah dalam satu suku abad, dan pihak berkuasa telah berusaha menerusi dasar mata wang untuk mengawal kemerosotan.

ARTIKEL YANG SAMA