Harga sewa rumah persendirian tanpa tanah S’pura merosot

Harga sewa rumah persendirian tanpa tanah S’pura merosot

SINGAPURA, 14 Sept – Harga sewa untuk rumah persendirian tanpa tanah di Singapura merosot 0.6 peratus pada Ogos berbanding bulan sebelumnya, sementara sewa untuk pangsapuri perumahan awam juga merosot 0.6 peratus bulan ke bulan, kata Tukaran Harta Tanah Singapura (Harta SRX) hari ini.

Sewa untuk pangsapuri persendirian di pinggir bandar dan kawasan luar bandar pada Ogos merosot 0.6 peratus dan 1.5 peratus bulan-ke-bulan masing-masing.

Secara perbandingan, sewa untuk rumah persendirian di kawasan pusat bandar meningkat 0.5 peratus.

Harta SRX berkata harga sewa untuk pangsapuri persendirian merosot sebanyak 4.7 peratus pada Ogos tahun-ke-tahun.

Dalam sektor individu, sewa untuk pangsapuri persendirian di pusat bandar, pinggir bandar dan kawasan luar bandar merosot 0.6 peratus, 5.7 peratus dan 7.1 peratus masing-masing.

Sewa pada Ogos merosot 17.2 peratus berbanding dengan tahap kemuncaknya pada Januari 2013.

Jumlah sewa untuk rumah persendirian tanpa tanah meningkat sebanyak 3.4 peratus pada Ogos bulan-ke-bulan, dengan kira-kira 4,595 unit disewa, berbanding dengan 4,443 unit yang disewa pada Julai.

Sementara tahun-ke-tahun, jumlah sewa pada Ogos adalah 18.1 peratus lebih tinggi berbanding 3,892 unit yang disewa pada Ogos 2015.

Mengenai jumlah sewa HDB, ia melihat pertambahan 0.3 peratus pada Ogos bulan-ke-bulan.

Dianggarkan 1,719 pangsapuri HDB disewa, berbanding dengan 1,714 unit pada bulan sebelumnya.

Sementara tahun-ke-tahun, jumlah sewa pada Ogos merosot 4.1 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Kira-kira 80 peratus daripada jumlah penduduk di Singapura tinggal dalam unit yang dibina oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan dan dijual kepada keluarga layak. Pasaran perumahan awam adalah lebih terkawal berbanding pasaran persendirian. – Xinhua