Harga tiket aksi terakhir Leicester cecah 8,000 pound

Harga tiket aksi terakhir Leicester cecah 8,000 pound

LONDON, 13 April (AFP) – Tiket aksi terakhir Leicester City di gelanggang sendiri menentang Everton dikesan dijual menerusi dalam talian mencecah harga 8,000 pound.

Skuad The Foxes hanya perlu menang tiga daripada lima baki perlawanan untuk memastikan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Tiket semusim habis dijual Mei tahun lalu dengan peruntukkan 23,000 daripada kapasiti 32,500 tempat duduk di Stadium King Power.

Baki tiket untuk aksi yang dijadualkan berlangsung 7 Mei itu juga habis dijual dalam tempoh 90 minit dan ada satu talian menawarkan tiket individu berharga 7,869.14 pound.

Penyokong Leicester City meraikan kejayaan pasukan mereka menewaskan Manchester City dalam aksi Liga Perdana di Stadium Etihad Stadium pada 6 Februari 2016. – AFP
Penyokong Leicester City meraikan kejayaan pasukan mereka menewaskan Manchester City dalam aksi Liga Perdana di Stadium Etihad Stadium pada 6 Februari 2016. – AFP

“Permintaan semakin bertambah untuk aksi terakhir Leicester di gelanggang sendiri. Penjualan tiket secara tidak sah adalah satu kesalahan di bawah undang-undang United Kingdom.

“Kelab Bola Sepak Leicester City akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang cuba menjual semula tiket pada harga lebih tinggi daripada harga ditetapkan.

“Kami galakkan penyokong buat laporan kepada kami terhadap sebarang aktiviti seperti itu,” kata jurucakap kelab itu.

ARTIKEL YANG SAMA