Hargai keindahan bahasa

Hargai keindahan bahasa

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – Sekolah Fairview Kampung Manggis telah mengadakan Sambutan Hari Dwibahasa, semalam, sebagai satu usaha untuk menghargai keindahan bahasa dalam pelbagai bentuk, termasuk muzik dan puisi.

Ia juga diadakan bagi menerangkan kepada murid akan pentingnya mempelajari kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta mengenali bahasa dengan lebih mendalam melalui aktiviti-aktiviti terancang.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Urusan Sekolah Fairview, Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad bin Dato Paduka Haji Matnor dan Pengarah Akademik Sekolah Fairview, Datin Paduka Hajah Fatimah binti Dato Paduka Haji Mohd Hussain.

Murid-murid sekolah berkenaan mempersembahkan nyanyian mereka.
Murid-murid sekolah berkenaan mempersembahkan nyanyian mereka.

Tetamu kehormat kemudiannya menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan menyanyi Pra Sekolah, Rendah Bawah dan Rendah Atas, Peraduan Mewarna bagi Murid Pra Sekolah dan Peraduan Menulis Cantik bagi Murid Peringkat Rendah Bawah dan Atas.

Atur cara hari itu turut dipenuhi dengan kuiz terbuka kepada murid-murid mengikut kelas masing-masing bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta menyaksikan tayangan filem berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi murid-murid Peringkat Rendah Bawah dan Atas.

ARTIKEL YANG SAMA