Hargai perkhidmatan jururawat

Hargai perkhidmatan jururawat

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Jerudong Park Medical Centre (JPMC) hari ini mengadakan majlis Minum Petang Kejururawatan yang telah diadakan di Royal Brunei Golf dan Country Club, Berakas.

Majlis bertujuan menghargai dan melahirkan rasa terima kasih kepada para jururawat JPMC atas kerja keras yang berterusan dalam mengekalkan penjagaan premium kepada para pesakit dan usaha berterusan dalam memastikan layanan terbaik di JPMC.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Eksekutif dan Pengarah Perubatan JPMC, Dato Paduka Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

Beberapa anugerah telah disampaikan pada majlis tersebut antaranya, anugerah perkhidmatan khas 22 tahun yang diberikan kepada Chinnamma Varghese, yang telah berkhidmat dengan JPMC selama 22 tahun kemudian diteruskan dengan anugerah perkhidmatan lama diberikan kepada Lilian binti Ayim, yang telah berkhidmat selama 10 tahun.

Sementara itu, Anugerah Kepimpinan Organisasi Kejururawatan Terbaik diterima oleh Elvis anak Silai, Anugerah Kepimpinan Terbaik dalam Bantuan Hospital diberikan kepada Haji Bakrin bin Haji Tahir, dan akhirnya anugerah jururawat cemerlang diberikan kepada Kristina Castaneda.

Gambar ramai kakitangan JPMC dan para tetamu yang hadir di majlis tersebut.
Gambar ramai kakitangan JPMC dan para tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Majlis diteruskan lagi dengan Anugerah Layanan Terbaik Jururawat yang diterima oleh Aliana Jozel Bitoin, Charissa Angela Cervantes Ramos, Gemma Kathlene Joy Caballero, Jessy James, Dayang Norzalina binti Affandy, Mary Stellabai Thanakaraj dan Dayang Zurriyah binti Abdul Rahim.

Anugerah Layanan Terbaik bagi Pembantu diterima oleh Hajah Alinah binti Haji Ahmat, Dayang Siti Zaharah binti Haji Besar dan Dayang Suziwana binti Sahat.

Manakala Anugerah Penolong Hospital Teratur Terbaik disampaikan kepada Dayang Siti Amnah binti Aliakbar, Nor Aqilah binti Abdullah, Dayang Nordayana binti Haji Johari, Dayang Erna binti Suhaili dan Awang Salleh bin Bisu.

Penyampaian anugerah diakhiri dengan pemberian Anugerah Ketua Pasukan Klinikal Terbaik kepada Dayang Aeni Rezawana binti Haji Abdul Wahab, Bindu Edayathuparayil Pathrose, Gini Mathew, Dayang Nurhafizah binti Hasni, Rani Glory, Regina Dominiq Jolly dan Thida Shein.

ARTIKEL YANG SAMA