Hari AMBD ditangguh

Hari AMBD ditangguh

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 April – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), mengumumkan bahawa acara Hari AMBD 2015 ataupun AMBD Day 2015, yang dijadualkan berlangsung pada 7, 8 dan 9 Mei di The Mall, Gadong, adalah ditangguhkan.

Sehubungan itu, AMBD memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang mungkin dialami. Bagi sebarang pertanyaan, sila e-mel kami di info@ambd.gov.bn.