Hari jadi disambut istimewa

Hari jadi disambut istimewa

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Dis – Impian adik Awangku Mohd Saiful Hazwan menaiki kenderaan bomba sempena hari jadi ke-5nya baru-baru ini, tercapai ketika dia bersama adik- beradik dan sepupunya mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Berakas bersama nenek mereka hari ini.

Tujuh bersaudara itu dialu-alukan oleh Pegawai Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Berakas, Haji Mustafa dan pegawai lain dan mendengar taklimat mengenai fungsi serta tugas anggota bomba dan penyelamat.

Dalam lawatan itu, mereka juga meraih pengalaman seperti menaiki trak bomba, mengenakan pakaian dan peralatan bomba, melakukan pemadaman api menggunakan air, melihat ular yang ditangkap oleh pasukan bomba dan penyelamat dan banyak lagi.

Lawatan merupakan sebahagian daripada aktiviti mengisi masa lapang cuti sekolah mereka selain mengenali serta merasakan sendiri pengalaman kerjaya bomba.

Tercapai...Awangku Mohd Saiful Hazwan dapat menaiki kenderaan bomba lengkap dengan pakaian seragam.
Tercapai…Awangku Mohd Saiful Hazwan dapat menaiki kenderaan bomba lengkap dengan pakaian seragam.
Kanak-kanak bersama nenek mereka melawat Balai Bomba dan Penyelamat Berakas, kelmarin.
Kanak-kanak bersama nenek mereka melawat Balai Bomba dan Penyelamat Berakas, kelmarin.
Mencuba air pancut bomba.
Mencuba air pancut bomba.