Hari karakter SM Lumapas

Hari karakter SM Lumapas

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Sekolah Menengah (SM) Lumapas, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Hari Karakter P3M 2015 di padang dan balapan sekolah itu di Mukim Lumapas.

Guru Besar SM Lumapas, Haji Noor Azman bin Haji Manaf melancarkan majlis berkenaan sebelum perbarisan para pelajar mengikut kelas termasuk guru yang menggayakan pelbagai karakter dengan pakaian berwarna-warni.

Acara kemudian diteruskan di dewan sekolah dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pakaian terbaik bagi setiap bilik darjah diikuti baju terbaik lelaki dan perempuan keseluruhan.

Hadiah turut diberikan bagi darjah terbaik yang dibahagikan kepada dua, iaitu rendah atas dan rendah bawah, baju terbaik guru lelaki, baju terbaik guru wanita dan baju terbaik kakitangan SRL.

Kemuncak majlis adalah program 3M (Membaca, Membina dan Minda) yang berobjektif sebagai galakan pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar, sekali gus mendedahkan pelajar kepada berfikiran di luar kotak bagi menjayakan majlis itu.

Antara murid-murid dan guru SM Lumapas yang memakai pakaian mengikut karakter pilihan masing-masing.
Antara murid-murid dan guru SM Lumapas yang memakai pakaian mengikut karakter pilihan masing-masing.

pg10_150602_b

ARTIKEL YANG SAMA