Hari Kebangsaan Oman diraikan

Hari Kebangsaan Oman diraikan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Kedutaan Besar Kesultanan Oman, hari ini, telah meraikan Hari Kebangsaan Kesultanan Oman ke-45 dengan mengadakan majlis resepsi yang diadakan di The Empire Hotel & Country Club, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong.

Mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato ialah Duta Besar Kesultanan Oman ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al-Maskari.

Dalam ucapan alu-aluannya, Tuan Yang Terutama telah menyentuh mengenai program pertukaran dan kerjasama antara Oman dan Brunei yang menurutnya menampakkan perkembangan dalam pelbagai bidang serta boleh diperluaskan lagi di masa akan datang.

Upacara memotong Kek Sambutan Hari Kebangsaan Kesultanan Oman ke-45 malam kelmarin.
Upacara memotong Kek Sambutan Hari Kebangsaan Kesultanan Oman ke-45 malam kelmarin.

Tuan Yang Terutama turut menekankan hubungan erat antara kedua-dua buah negara yang telah lama terjalin dengan kunjungan hormat dan kunjungan pembesar-pembesar kedua-dua belah pihak.

Menurut beliau lagi, antara bidang yang sering mendapat tempat dalam jalinan hubungan kerjasama antara Oman dan Brunei ialah kebudayaan, pendidikan, sektor minyak dan gas serta bidang ketenteraan.

Majlis berkenaan turut menyaksikan upacara memotong Kek Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kesultanan Oman.

ARTIKEL YANG SAMA