Hari kebesaran Islam terus semarak

Hari kebesaran Islam terus semarak

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 21 Mei – Sambutan Israk Mikraj tahun ini terus disemarakkan dengan majlis-majlis sambutan diadakan oleh pelbagai pihak di negara ini, dan hari ini, Ahli Jawatankuasa Badan Ugama cawangan ‘E’ bersama Persatuan Pekerti cawangan ‘E’ turut mengadakan majlis seumpamanya di Surau Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Lorong 14 Panaga Seria.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Penguasa Polis Mohd Hadini bin Haji Othman.

Majlis berkenaan dihadiri oleh para pegawai serta ahli-ahli pangkat rendah Daerah Polis Belait dan Daerah Polis Tutong bersama ahli Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) cawangan ‘E’.

Di majlis itu, ceramah mengenai perjalanan Israk Mikraj Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri Bin Haji Mohamad.

Pegawai dan ahli pangkat rendah Daerah Polis Belait dan Tutong semasa menghadiri majlis memperingati Israk Mikraj.
Pegawai dan ahli pangkat rendah Daerah Polis Belait dan Tutong semasa menghadiri majlis memperingati Israk Mikraj.

ARTIKEL YANG SAMA