Hari Keluarga Batu Apoi meriah

Hari Keluarga Batu Apoi meriah

Oleh Ampuan Irma Susanti

 

TEMBURONG, 22 Jan – Dalam usaha untuk menggalakkan penduduk kampung membina keluarga bahagia dan harmoni di samping aktif melibatkan diri dalam apa jua aktiviti kemasyarakatan, Mukim Batu Apoi pagi tadi telah menganjurkan ‘Hari Keluarga’ bersempena dengan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan bagi mukim tersebut yang menggabungkan lima buah kampung di bawahnya.

Acara yang berlangsung di Balai Raya Kampung Batu Apoi itu dihadiri oleh Penasihat Majlis Perundingan Mukim Batu Apoi selaku tetamu kehormat, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof dan isteri yang turut memulakan acara dengan senamrobik dan walkaton beramai-ramai.

Turut hadir ialah Penasihat Kampung Batu Apoi, Haji Mat Jahari bin Jalak, Penghulu Mukim Batu Apoi, ketua-ketua kampung dan ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Batu Apoi.

Acara turut dimeriahkan dengan sukan ria keluarga bagi semua peringkat usia termasuk memperkenalkan makanan tradisi masyarakat kedayan dahulu, iaitu ‘wajid nasi’.

Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang peraduan membungkus wajid.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang peraduan membungkus wajid.

pg12_160123_e

Pertandingan membungkus wajid yang turut memeriahkan Hari Keluarga berkenaan.
Pertandingan membungkus wajid yang turut memeriahkan Hari Keluarga berkenaan.
Belia remaja turut sama menyertai dan mengaul cara-cara menyediakan inti wajid nasi.
Belia remaja turut sama menyertai dan mengaul cara-cara menyediakan inti wajid nasi.
Antara produk jualan juga diketengahkan pada majlis itu.
Antara produk jualan juga diketengahkan pada majlis itu.

Turut ditampilkan cara-cara memasak dan sekaligus pertandingan membungkus wajid nasi dengan menggunakan pucuk daun apong.

Ketua Kampung Batu Apoi, Haji Daud bin Haji Masri turut mengatakan makanan tradisi seumpama ini perlu diperkenalkan kepada belia remaja masa kini agar ia tidak dilupakan yang mana wajid yang dijual pada masa ini dibungkus dengan daun nyirik – dulunya ia dibungkus dengan pucuk daun apong yang disemat menggunakan lidi daripada rautan daun kelapa.

Pada majlis ini juga, tetamu kehormat turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi semua kategori acara.

ARTIKEL YANG SAMA