Hari Keluarga Besar SNLP, SNJ

Hari Keluarga Besar SNLP, SNJ

Oleh Rahmat bin Haji Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Sekolah Nusa Laila Puteri (SNLP) dan Sekolah Nusa Jaya (SNJ), kelmarin, telah mengadakan Majlis Hari Keluarga Besar dengan tema ‘Keluarga Berwawasan’, yang berlangsung di Taman Hutan Rekreasi Bukit Shahbandar.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Pendidikan Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, Hajah Nooradinawati binti Haji Zakaria.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden, Pengarah, Pengetua SNLP dan SNJ, Dr Pengiran Amir Muhd Yussof bin Pengiran Abbas Al-Haj, yang antara lain menekankan bahawa kehebatan personaliti anak mencerminkan kehebatan personaliti ibu bapa dan guru yang mendidiknya.

Majlis telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti melibatkan penyertaan ibu bapa dan penjaga murid, yang sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah, guru-guru dan keluarga murid-murid sekolah berkenaan.

Tetamu kehormat menyertai senaman memanaskan badan bersama guru-guru, murid dan ibu bapa yang hadir sebelum pelbagai aktiviti menarik dimulakan.
Tetamu kehormat menyertai senaman memanaskan badan bersama guru-guru, murid dan ibu bapa yang hadir sebelum pelbagai aktiviti menarik dimulakan.
Salah satu persembahan tarian oleh murid-murid.
Salah satu persembahan tarian oleh murid-murid.

Acara didahului dengan senamrobik beramai-ramai, dan antara aktiviti yang diadakan termasuk lari berganti-ganti, lari berganti-ganti membawa telur ayam, cabutan bertuah, tarian nombor yang dikelolakan oleh Jolibee, memancing dalam botol, memecahkan belon dan sebagainya.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan termasuk nasyid oleh kumpulan murid-murid cawangan Gadong dengan tajuk lagu “DoaKu Tuh Di Sini” yang diubahsuai daripada lagu “Sakit Tuh Di Sini”.

ARTIKEL YANG SAMA