Hari keluarga erat perpaduan

Hari keluarga erat perpaduan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 7 Jun – Lebih 50 orang dalam kalangan ahli-ahli Badan Perhubungan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Daerah Belait telah menyertai Majlis Hari Keluarga NDP yang diadakan di kawasan Pantai Peranginan Lumut, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan perasmian majlis ialah Timbalan Pengerusi Tetap NDP, Haji Mahdi bin Haji Suhaili.

Turut hadir memeriahkan majlis bertema “Ke Arah Perpaduan Membina Keyakinan” itu ialah kalangan ahli majlis-majlis tertinggi dan juga ahli-ahli NDP daripada keempat-empat daerah.

Pengerusi majlis, Naib Presiden NDP Daerah Belait, Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Haji Talib dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, objektif utama majlis itu adalah untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim dan perpaduan antara ahli-ahli akar umbi dan kepimpinan dalam pertubuhan itu.

Gambar ramai ahli yang menghadiri Majlis Hari Keluarga NDP dengan tema ‘Ke Arah Perpaduan Membina Keyakinan’.
Gambar ramai ahli yang menghadiri Majlis Hari Keluarga NDP dengan tema ‘Ke Arah Perpaduan Membina Keyakinan’.

Selain itu, tambah beliau, ia juga sebagai peluang bertukar-tukar fikiran secara santai dan membincangkan isu-isu yang boleh diangkat sebagai usul melalui Kongres Agung NDP yang akan diadakan pada penghujung bulan Ogos nanti.

Berbagai-bagai acara kekeluargaan telah diadakan antaranya senamrobik memulakan sambutan bagi meningkatkan kesedaran tentang cara hidup sihat, kemudian diikuti dengan beberapa acara-acara sukan ria dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA