Hari Keluarga RBC

Hari Keluarga RBC

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jun – Bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara semua peringkat pengurusan, Royal Brunei Catering (RBC) baru-baru ini telah menganjurkan Hari Keluarga bagi kakitangan RBC dan keluarga di Pantai Muara.

Hari Keluarga RBC telah dihadiri oleh kakitangan RBC bersama ahli keluarga mereka dengan mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti Scavenger Hunt, Tarik Kalat, Chum Chum Bah, bouncer dan banyak lagi.

Aktiviti rekreasi itu membantu mereka membina hubungan, mendalami lagi tahap interaksi dan komunikasi dalam kalangan warga syarikat RBC.

Tujuan Jawatankuasa Kebajikan Kakitangan RBC mengadakan aktiviti itu khusus kepada kakitangannya adalah untuk meningkatkan keseimbangan kerja, memberi peluang mereka untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan serta bertemu dengan ahli-ahli kakitangan baru disamping mengeratkan tali silaturahim sesama mereka.

Awang Husaini bersama salah seorang kakitangan RBC.
Awang Husaini bersama salah seorang kakitangan RBC.

ARTIKEL YANG SAMA