Hari Kesedaran Kesihatan Mental di KBSentral

Hari Kesedaran Kesihatan Mental di KBSentral

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 17 Mei – Bahagian Komuniti Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan akan mengadakan acara sempena Hari Kesedaran Kesihatan Mental yang akan diadakan di ruang legar Pusat Membeli-belah KBSentral pada 21 Mei ini.

Acara yang diadakan dengan kerjasama KBSentral Event Management dan Pusat Promosi Kesihatan serta sokongan penaja lain itu adalah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) KBSentral dalam usaha untuk membantu Bahagian Komuniti Psikologi menjayakan Hari Kesedaran tersebut dan sekali gus menggalakkan orang ramai berkunjung ke pusat itu.

Penolong Acara dan Pemasaran KBSentral, Awang Anwar Rosly, berkata, pusat membeli-belah tersebut menjadi sebuah tempat strategik bagi menganjurkan acara-acara keramaian seperti itu dan turut menyokongnya dengan mempromosi menerusi media sosial mereka.

“KBSentral dihasratkan untuk menjadi tempat riadah utama bagi keluarga dan masyarakat umum di Daerah Belait, bukan hanya untuk membeli-belah dan berhibur bersama keluarga, tetapi juga untuk menjadi tonggak sokongan masyarakat bersama,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA