Hari Pemedulian Pelanggan Pos, Sabtu ini

Hari Pemedulian Pelanggan Pos, Sabtu ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Jabatan Perkhidmatan Pos akan mengadakan Hari Pemedulian Pelanggan pada Sabtu 24 Ogos ini bagi membantu pelanggan pos yang mempunyai pertanyaan/aduan atau inginkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kaunter pos termasuk bungkusan dan EMS premium.

Jabatan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini berkata, Hari Pemedulian Pelanggan itu akan diadakan di Ruang Legar Kaunter Pejabat Pos Pusat Memproses Mel dan Bungkusan, Pejabat Pos Muara, Pejabat Pos Tutong, Pejabat Pos Kuala Belait dan Pejabat Pos Seria bermula jam 8:00 pagi hingga 4:30 petang.

Ia merupakan antara aktiviti Jabatan Perkhidmatan Pos yang telah diatur sempena memperingati Hari Pos Sedunia 2015.

Dengan adanya aktiviti ini, jabatan berharap akan dapat lebih memahami lagi kesulitan yang selama ini dihadapi oleh pelanggan dan seterusnya mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan pos.

ARTIKEL YANG SAMA