Hari penuh gemilang

Hari penuh gemilang

Oleh Sim Y. H. dan Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani, Sim Y.H. & Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb – Laungan Takbir ‘Allahu Akbar’ sebanyak tiga kali yang bergema di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini, pagi tadi, mengulangi saat bersejarah tanggal 23 Februari 1984 sekali gus menandakan tahun ke-32 negara mencapai kemerdekaan.

Laungan berkenaan juga merupakan tanda hormat serta setia kepada raja dan negara oleh ribuan peserta yang mendukung semangat Generasi Berwawasan dalam menyemarakkan sambutan.

Lebih 21,000 orang peserta berkumpul seawal pagi lagi di ibu negara untuk sama-sama mengambil bahagian dalam Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan yang penuh gilang-gemilang itu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke upacara perhimpunan penuh gilang-gemilang itu.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja lain.

Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama para peserta yang menyertai Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Ke-32.
Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama para peserta yang menyertai Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Ke-32.

pg04_160224_b

Keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar Infofoto

Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik. – Gambar Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik. – Gambar Infofoto

Bendera kebangsaan bersaiz kecil dikibarkan oleh murid-murid sekolah di sepanjang jalan menuju ke pusat bandar bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba Baginda Sultan serta kerabat diraja yang lain ke Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Sejurus keberangkatan tiba, Baginda Sultan serta kerabat diraja lain menerima Hormat Diraja diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Baginda Sultan kemudian dijunjung memeriksa perbarisan kawalan kehormatan sebelum berangkat semula ke pentas diraja.

Kemudian, Baginda Sultan sekali lagi menerima hormat diraja diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan, sebelum pasukan perbarisan kawalan kehormatan beredar dari Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

pg04_160224_e

Haji Abdul Hafiz ketika mengetuai peserta perbarisan dalam melafazkan Ikrar Hari Kebangsaan.
Haji Abdul Hafiz ketika mengetuai peserta perbarisan dalam melafazkan Ikrar Hari Kebangsaan.
Para peserta yang turut memeriahkan Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Para peserta yang turut memeriahkan Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

pg04_160224_g

Perbarisan Kehormat ketika masuk ke padang Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Perbarisan Kehormat ketika masuk ke padang Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

pg04_160224_i

pg04_160224_j

pg04_160224_k

pg04_160224_l

Baginda Sultan serta kerabat diraja lainnya kemudian menyaksikan upacara perbarisan lalu dan perhimpunan agung di hadapan pentas diraja yang melibatkan kira-kira 21,000 orang peserta iaitu 120 pasukan yang didahului oleh pembawa bendera negara berukuran besar diikuti oleh pasukan-pasukan pembawa bendera Negara Brunei Darussalam, pembaca ikrar, pasukan pembawa bendera-bendera logo Hari Kebangsaan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Polis Diraja Brunei, pasukan berpakaian seragam, peserta Program Khidmat Bakti Negara, pasukan orang-orang berkeperluan khas, pasukan Cemerlang, kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan, daerah-daerah dan sektor swasta.

Baginda Sultan serta kerabat diraja lainnya kemudian berkenan menyaksikan persembahan Silat Cekak Asli dan Kuntau oleh gabungan Pesilat Skim Kebangsaan, penuntut Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, pelatih Program Khidmat Bakti Negara, Kadet Tentera, Kadet Polis dan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam pimpinan Persekutuan Pencak Silat Brunei Darussalam (PERSIB) sebelum upacara perbarisan lintas hormat diteruskan dengan perbarisan oleh peserta-peserta dari institut pengajian tinggi, maktab, sekolah, persatuan dan pertubuhan awam, pasukan warga asing di Negara Brunei Darussalam dan Pasukan Pencapai Kecemerlangan.

Bekas perajurit ABDB yang menyertai Sambutan Hari Kebangsan ke-32. – Gambar Faridah Ibrahim
Bekas perajurit ABDB yang menyertai Sambutan Hari Kebangsan ke-32. – Gambar Faridah Ibrahim
Pegawai Imigresen pengambilan pada tahun 1984 - Hari Kemerdekaan.
Pegawai Imigresen pengambilan pada tahun 1984 – Hari Kemerdekaan.

pg04_160224_m

Acara diteruskan dengan Lafaz Ikrar Hari Kebangsaan yang telah diketuai oleh Pegawai Kewangan di Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Haji Abdul Hafiz bin Haji Mohd Daud yang disusuli dengan laungan ‘Allahu Akbar’ sebanyak tiga kali oleh peserta dan mereka yang hadir pada upacara itu.

Acara kemuncak perhimpunan ialah persembahan Generasi Berwawasan yang disertai lebih 6,000 orang peserta dengan menjunjung tinggi azam Baginda Sultan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir, mempelbagaikan ekonomi negara, mempertahankan alam sekitar dan mempunyai sumber tenaga yang berdaya saing iaitu golongan generasi belia yang berwawasan.

Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 sekali lagi mengekalkan tema Generasi Berwawasan di mana generasi bermaksud pewaris bangsa selaku peneraju kepada kemajuan negara bagi mencapai Wawasan Brunei 2035. Wawasan pula ditakrifkan sebagai suatu matlamat untuk mencapai hasrat negara.

Gabungan Generasi Berwawasan didefinisikan sebagai golongan muda serta belia masa kini yang akan menerajui negara pada masa akan datang selain melahirkan pemimpin yang berwibawa dan cemerlang.

ARTIKEL YANG SAMA