Hari Raya bersama Saudara Ku

Hari Raya bersama Saudara Ku

Oleh Md Haslen

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Hari-hari terakhir bulan Syawal ini terus dimanfaatkan oleh pelbagai pihak untuk mengadakan majlis terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri, termasuklah ahli-ahli Saudara Ku Kampung Setia yang mengadakan majlis sambutan di kediaman salah seorang ahlinya di Kampung Mulaut, di sini, baru-baru ini.

Sambutan Hari Raya itu merupakan program tahunan Saudara Ku Kampung Setia dengan tujuan untuk menghimpunkan dan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli-ahlinya daripada Puri Rangau dan Kampung Setia, di samping itu menghulurkan kemaafan sempena hari yang mulia ini.

Ketua Kampung Setia ‘A’, Haji Asli bin Haji Mamut semasa menyampaikan ucapan alu-aluan selaku pengerusi bersama majlis, antara lain menggariskan bahawa kalau dikaji sedalam-dalamnya nama ‘Saudara Ku Kg Setia’ cukup bermakna, kerana mempunyai hubungan dan tali persaudaraan yang sangat rapat di antara satu sama lain seperti perambahan orang tua-tua ‘air yang ditetak tidak akan putus’.

Haji Asli ketika menyampaikan hadiah dalam acara cabutan bertuah.
Haji Asli ketika menyampaikan hadiah dalam acara cabutan bertuah.
Sebahagian Saudara Ku Kampung Setia mengabdikan kenangan dengan bergambar ramai pada majlis sambutan Hari Raya berkenaan.
Sebahagian Saudara Ku Kampung Setia mengabdikan kenangan dengan bergambar ramai pada majlis sambutan Hari Raya berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru generasi muda supaya akan memahami apa sebenarnya perjuangan orang kitani dulu iaitu bebasah dan bekering, sehingga kita mengecapi hasilnya sekarang ini, di samping itu berharap generasi muda puri Rangau dan Kampung Setia akan sentiasa mengenang jasa-jasa mereka sehingga bila-bila.

“Mudah-mudahan perjumpaan Hari Raya Aidilfitri kali kedua ini akan membakar semangat kitani lebih jauh ke hadapan,” tambahnya lagi.

Suasana sambutan Hari Raya malam itu dimeriahkan dengan nyanyian beberapa buah lagu Hari Raya dan lebih menarik ialah cabutan bertuah yang menyediakan berbagai-bagai hadiah menarik.

ARTIKEL YANG SAMA