Hari Raya Korban jalin hubungan rapat

Hari Raya Korban jalin hubungan rapat

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 14 Sept – Anggota Kompeni E Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Pejabat Pentadbiran Awam Perkhemahan Bangar, di sini, telah mengungkayahkan majlis ibadah korban sempena memeriahkan sambutan Hari Raya Aidiladha yang berlangsung di Rumah Masak Perkhemahan Bangar.

Pengagihan daging korban kepada mereka yang berhak menerimanya telah disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Perkhemahan Bangar, Mejar Haji Mohammad bin Haji Ahmad.

Turut hadir ialah pegawai pemerintah Daerah Polis Temburong, pemangku pegawai Daerah Temburong, penghulu-penghulu mukim, ketua kampung, ketua jabatan dan anggota Kompeni E Batalion Pertama TDDB dan Pejabat Pentadbiran Awam Perkhemahan Bangar.

Majlis itu merupakan salah satu aktiviti tahunan di samping memeriahkan lagi suasana ibadah korban sunat dan menjalin hubungan rapat antara anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei amnya dan TDDB khasnya bersama orang awam.

Mejar Haji Mohammad ketika menyampaikan daging korban kepada salah seorang anggota TDDB.
Mejar Haji Mohammad ketika menyampaikan daging korban kepada salah seorang anggota TDDB.
Antara yang hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Korban di Rumah Masak Perkhemahan Bangar.
Antara yang hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Korban di Rumah Masak Perkhemahan Bangar.

ARTIKEL YANG SAMA