Hari Raya Sekolah Bakti Dewa Tutong

Hari Raya Sekolah Bakti Dewa Tutong

TUTONG, 21 Julai – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri juga tidak dilepaskan oleh Sekolah Bakti Dewa cawangan Daerah Tutong yang menyambut sambutan itu di sekolah berkenaan di sini, hari ini.

Sambutan tersebut dimeriahkan dengan pelbagai akitviti yang melibatkan guru-guru serta murid-murid tadika KG1 hingga KG3 di samping disajikan dengan pelbagai juadah Hari Raya.

Dalam pada itu, majlis itu juga diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara murid-murid Sekolah Bakti Dewa bersama guru-guru di samping menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya tahun ini.

Murid-murid Sekolah Bakti Dewa cawangan Daerah Tutong bergambar ramai bersama guru-guru pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri sekolah berkenaan.
Murid-murid Sekolah Bakti Dewa cawangan Daerah Tutong bergambar ramai bersama guru-guru pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri sekolah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA