Hari Raya Sekolah Luqman Darussalam

Hari Raya Sekolah Luqman Darussalam

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Sekolah Luqman Darussalam turut tidak melepaskan peluang mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kanak-kanak sekolah tersebut berserta ibu bapa dan penjaga serta kakitangan sekolah berkenaan yang berlangsung di sekolah berkenaan, Jerudong, hari ini.

Majlis sambutan yang dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada guru besar sekolah itu antara lain melahirkan penghargaan kepada ibu bapa, penjaga dan kakitangan serta murid-murid dalam menjayakan majlis tersebut.

Acara tersebut diserikan lagi dengan pertunjukan pakaian daripada murid-murid dari Kindergarten 1, 2 dan 3.

Persembahan daripada murid-murid sekolah berkenaan memeriahkan lagi majlis itu.
Persembahan daripada murid-murid sekolah berkenaan memeriahkan lagi majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA