Hari Raya Unit Sekolah Rendah Kerajaan

Hari Raya Unit Sekolah Rendah Kerajaan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Ahli Jawatankuasa Ketua-ketua Guru Ugama Sekolah Rendah Kerajaan Daerah Brunei Muara, kelmarin, telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi warga Unit Sekolah Rendah Kerajaan Daerah Brunei Muara yang berlangsung di Hotel Jeruton, Jerudong.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua Unit Pengetahuan Agama Islam (IRK) Sekolah Rendah, Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam, Haji Saleh bin Nasir dan Timbalan IRK, Hajah Naimah binti Haji Ahmad serta para jemputan yang lain.

Majlis itu diserikan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah, persembahan lagu raya beramai-ramai dan juga sesi bersalam-salaman di samping menikmati jamuan.

Gambar ramai antara yang hadir di majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu.
Gambar ramai antara yang hadir di majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu.

ARTIKEL YANG SAMA