Hari Star Wars dan Lego di Freshco

Hari Star Wars dan Lego di Freshco

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Pusat membeli-belah Freshco dengan sokongan Bruneian Addicted to Star Wars dan BRUFOL (Peminat Permainan Lego) hari ini memberi penghormatan kepada ikon siri Star Wars dan permainan Lego yang tidak asing lagi bagi kanak-kanak di premisnya di Batu Satu.

Antara aktiviti yang diadakan sempena Hari Star Wars yang diraikan pada 4 Mei setiap tahun adalah pameran, cosplay Star Wars manakala bagi Lego pula, pertandingan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan 8 tahun ke bawah diadakan yang disertai oleh kanak-kanak dari Pusat Ehsan Al-Ameerah AlHajjah Maryam.

Peserta-peserta pertandingan dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut kategori dan diberikan masa 20 minit untuk membina set Lego bertemakan Star Wars yang digelar Droid Lego.

Pemenang-pemenang pertandingan itu menerima baucar.

Cosplayers dari Bruneian Addicted to Star Wars menghiburkan kanak-kanak yang hadir.
Cosplayers dari Bruneian Addicted to Star Wars menghiburkan kanak-kanak yang hadir.
Pertandingan mencantum Lego bagi kanak-kanak.
Pertandingan mencantum Lego bagi kanak-kanak.

Manakala pada 10 Mei kelak, Freshco akan mengadakan Cabaran Kulinari Freshco yang pertama, dibukakan kepada semua ibu dan kanak-kanak yang berminat dalam masakan.

Mereka yang berminat menyertainya hanya perlu menunjukkan resit terkumpul bernilai $100 daripada mana-mana kedai di Freshco.

ARTIKEL YANG SAMA