Hari Sukan bantu pelajar lebih proaktif

Hari Sukan bantu pelajar lebih proaktif

BANDAR SERI BEGAWAN – Tinkerbell Learning School telah mengadakan Hari Sukan 2016 di Kompleks Sukan Berakas, baru-baru ini.

Pada acara Hari Sukan itu, kumpulan Yellow Growling Tigers telah berjaya muncul sebagai juara setelah berjaya menewaskan tiga kumpulan yang lain iaitu Red Warriors, Blue Eagles dan Green Archers.

Kumpulan Yellow Growling Tigers berjaya memenangi lapan pingat secara keseluruhan yang terdiri daripada tujuh pingat emas dan satu pingat perak.

Acara pada hari tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan dan aktiviti senam robik yang diketuai oleh pengetua sekolah tersebut, Dayang Iidil Rahmah binti Abdullah.

Murid-murid Tinkerbell Learning School yang berjaya memenangi pingat semasa Hari Sukan bergambar ramai dengan pengetua sekolah tersebut, Dayang Iidil Rahmah binti Abdullah.
Murid-murid Tinkerbell Learning School yang berjaya memenangi pingat semasa Hari Sukan bergambar ramai dengan pengetua sekolah tersebut, Dayang Iidil Rahmah binti Abdullah.

Antara acara sukan yang dipertandingkan ialah larian 50 dan 80 meter, permainan air dan juga tarik kalat yang berjaya menarik perhatian penonton.

Penganjuran Hari Sukan itu antara lain bertujuan menggalakkan para pelajar untuk terus proaktif serta mengembangkan kemahiran mereka khususnya dalam bidang sukan,

Hari Sukan tersebut di akhiri dengan penyampaian pingat kepada pemenang yang disampaikan oleh pengetua sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA