Hari Terbuka Aidilfitri Bank Baiduri diadakan seminggu

Hari Terbuka Aidilfitri Bank Baiduri diadakan seminggu

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Bank Baiduri akan menganjurkan hari terbuka di cawangan-cawangannya secara bergilir dalam tempoh seminggu bermula 25 Julai ini.

Pada 25 Julai, ia akan diadakan di cawangan Kiarong dan Pekan Muara, 26 Julai cawangan Kiulap dan Tutong, 27 Julai di cawangan Kuala Belait dan Seria, 28 Julai di Serusop, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Sengkurong, manakala itu, pada 30 Julai ia akan diadakan di cawangan Times Square, Supa Save Beribi dan The Mall Gadong.

Pada majlis-majlis terbuka berkenaan, para pelanggan akan disajikan dengan hidangan makanan dan minuman di samping menerima hadiah percuma dan menyertai cabutan bertuah dengan berpeluang memenangi Apple iPad Mini 2 Wifi 16GB.

Untuk menyertai cabutan bertuah, pelanggan hanya perlu mendaftar bagi mana-mana produk dan perkhidmatan Bank Baiduri semasa majlis terbuka itu, termasuk Deposit Mata Wang Berkembar Baiduri, mana-mana produk insurans nyawa, tabung amanah serta pinjaman.

Pelanggan yang membuka akaun simpanan juga akan menerima hadiah penghargaan.

Di samping itu, di cawangan-cawangan Kiarong, Serusop, Tutong dan Kuala Belait, aktiviti-aktiviti lain juga akan dianjurkan seperti pondok gambar di mana pelanggan dapat membawa balik gambar cetakan semasa hari terbuka di cawangan-cawangan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA