Hari Terbuka butik pengantin

Hari Terbuka butik pengantin

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Bagi membantu bakal-bakal pengantin merancang majlis perkahwinan impian mereka, Reyn HM Bridal dengan kerjasama Wan’s Deco akan mengadakan hari terbuka pada 12 hingga 14 Ogos ini di House Boutique, Kampung Sengkurong A.

Pereka fesyen pengantin tempatan yang dikenali ramai, Reyn HM ketika ditemu bual menjelaskan, tujuan beliau mengadakan hari terbuka itu adalah untuk membantu bakal-bakal pengantin berbincang dan mengetahui harga-harga perkhidmatan pengantin secara lebih dekat selain dapat membantu bakal pengantin mencari pakej-pakej perkhidmatan yang disediakan mengikut keperluan dan trend perkahwinan masa kini.

Selain itu, ia juga bagi mengeratkan hubungan pengusaha-pengusaha perkhidmatan pengantin dalam talian dengan bakal-bakal pengantin secara lebih dekat, dan menggalakkan pengusaha-pengusaha tempatan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang disediakan kepada bakal pengantin.

Selain menampilkan pakej pakaian pengantin oleh Reyn HM Bridal dan perkhidmatan Hantaran Deco oleh Wan’s Deco, beberapa pengusaha lain seperti HYS Tindulang, Khalentra dan The Ocular juga akan dijemput pada hari tersebut.

Antara pakej perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan katering oleh HYS Tindulang, pakej menyediakan barang campuran oleh Khalentra dan pakej penggambaran dan videografi oleh The Ocular.

ARTIKEL YANG SAMA