Hari Terbuka DARE di Tutong

Hari Terbuka DARE di Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 30 Sept – Bagi membantu dan menyediakan perkhidmatan kepada bakal usahawan dan perniagaan yang sedia ada, Darussalam Enterprise (DARE) telah meneruskan Hari Terbukanya bagi masyarakat dan usahawan Daerah Tutong dan sekitarnya yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Kemasyarakatan Daerah Tutong, hari ini.

Antara pengisian Hari Terbuka DARE ini termasuk ceramah, bengkel serta memberi peluang kepada pengusaha untuk mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan perniagaan, cadangan atau pertanyaan kepada beberapa agensi terlibat melalui ‘Helpdesk Business.’

Antara agensi yang terlibat ialah Sekretariat Wawasan 2035; Ease Of Doing Business di bawah Jabatan Perdana Menteri; Pusat FAST (Pusat Sokongan dan Tindakan FDI); Pendaftar Syarikat dan Nama-nama Perniagaan; Bahagian Hasil, dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di bawah Kementerian Kewangan; Pejabat Pendaftaran Harta Intelek (BruIPO); Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC); Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Bank Standard Chartered (SCB), Bank Baiduri Berhad, Tabung Amanah Pekerja (TAP), Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Lembaga Bangunan Kawalan dan Industri Pembinaan (ABCi), Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Tanah dan Jabatan Perkhidmatan Air di bawah Kementerian Pembangunan, OneBiz, Jabatan Bandaran, Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Pembangunan Perniagaan Tempatan di bawah Jabatan Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri serta BAG Networks.

Bakal usahawan dan pengusaha tempatan hadir mendengar sesi taklimat dan ceramah di Hari Terbuka DARE di Dewan Utama, Kompleks Kemasyarakatan Daerah Tutong.
Bakal usahawan dan pengusaha tempatan hadir mendengar sesi taklimat dan ceramah di Hari Terbuka DARE di Dewan Utama, Kompleks Kemasyarakatan Daerah Tutong.
Orang ramai atau usahawan bolehlah mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan perniagaan, cadangan atau pertanyaan kepada beberapa agensi terlibat melalui ‘Helpdesk Business’.
Orang ramai atau usahawan bolehlah mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan perniagaan, cadangan atau pertanyaan kepada beberapa agensi terlibat melalui ‘Helpdesk Business’.

Hari terbuka yang serupa juga akan diadakan di Daerah Temburong pada bulan Oktober ini.

Hari terbuka tersebut antara lain bertujuan memupuk dan memberikan sokongan kepada perusahaan-perusahaan tempatan untuk memulakan perniagaan mereka.

DARE juga bekerjasama bersama pelbagai pihak agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) dengan tujuan untuk memupuk pertumbuhan perusahaan dan perniagaan bagi meningkatkan eksport negara dan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

ARTIKEL YANG SAMA