Hari Terbuka ditutup

Hari Terbuka ditutup

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Sambutan Hari Terbuka Pusat Belia yang diadakan sejak 2 Oktober lalu berakhir hari ini dengan majlis penutupan rasmi yang diadakan di Dewan Riadah, Pusat Belia, di ibu negara.

Majlis penutupan rasmi itu menyaksikan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada para peserta jualan dan pameran yang disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Pengiran Anak Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim.

Tahun ini, 12 peserta menyertai Hari Terbuka Pusat Belia yang terdiri daripada Brunei Hotwheels Club, Brunei FIFA PS 4 Club, Persatuan Orang Kurang Pendengaran Kebangsaan (OKP), Persatuan 3P (Penyanyi, Penari dan Pemuzik), Poni Divers, BPY SSEAYP 2014, BPY SSEAYP 2015, Alpha Band, WAN band, Kelab Kebudayaan dan Kesenian Pusat Belia, Kelab Tatarias Wajah dan Rambut serta Kelab Keusahawanan Belia dan Antarabangsa.

Salah seorang peserta menerima sijil dan cenderahati daripada tetamu kehormat majlis.
Salah seorang peserta menerima sijil dan cenderahati daripada tetamu kehormat majlis.
Persembahan nyanyian daripada Persatuan 3P.
Persembahan nyanyian daripada Persatuan 3P.

Dengan tema ‘Belia berwawasan menjana Ekonomi’, acara tersebut bertujuan untuk memberigakan Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-10 dalam kalangan orang ramai khasnya para belia dan beliawanis di samping memberigakan Pusat Belia sebagai pusat aktiviti kepada belia.

ARTIKEL YANG SAMA