Hari Terbuka Perusahaan 2016 dapat sambutan

Hari Terbuka Perusahaan 2016 dapat sambutan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jan – Hari Terbuka Perusahaan 2016 yang berlangsung selama dua hari di Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi, Taman Teknologi Anggerek Desa menutup tirainya kelmarin dengan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai khususnya para usahawan dan peniaga-peniaga tempatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB), lebih 400 orang termasuk 149 pengusaha menghadiri acara tersebut.

Di samping itu, LiveWire Brunei juga telah menerima 20 penyertaan baru, 69 e-Darussalam akaun telah diaktifkan dan 42 penyertaan menghadiri Bengkel Pengurusan Kewangan anjuran Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri.

Hari Terbuka Perusahaan 2016 yang bertemakan ‘Menerajui Pertumbuhan Ekonomi dan Sumbangan Kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Bagi Negara Brunei Darussalam’ itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta maklumat dalam kalangan para pengusaha tempatan khususnya di luar sektor minyak dan gas mengenai dengan perkhidmatan-perkhidmatan bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

ARTIKEL YANG SAMA