Hari Terbuka TUDB 4 Sept ini

Hari Terbuka TUDB 4 Sept ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Sept – Sempena Hari Ulang Tahun ke-50, Tentera Udara Diraja Brunei (TUBD) akan mengadakan Hari Terbuka pada Ahad, 4 September ini di Kompleks Sukan Pangkalan Tentera Udara (PTU), Rimba bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.

Konsep sambutan Hari Terbuka ini akan memfokuskan tentang penerapan perkembangan dan kemajuan semenjak penubuhannya sehingga kini yang diharapkan dapat menarik minat orang awam terutama para pelajar untuk menceburi bidang kerjaya sebagai tentera dalam TUDB.

Di samping meningkatkan imej TUDB, ia juga bertujuan memberikan peluang kepada para pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat kerjaya-kerjaya yang terdapat dalam TUDB melalui pertunjukan arena dan pameran-pameran statik.

Bagi memeriahkan lagi Hari Terbuka itu, beberapa aktiviti akan diadakan termasuklah jualan bazar, flying fox, jualan but kereta, paintball, tunggangan kuda padi daripada Saddle Club ABDB, memandu kenderaan lasak, kejohanan Tamiya, 4WD RC, pertunjukan binatang peliharaan, Tri-Dive daripada Poni Diver, Bubble Ball, melukis wajah, pertandingan mewarna, TUDB Amazing Race, bouncer dan banyak lagi.

Aktiviti ini diharapkan dapat memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan anggota TUDB dan pada masa yang sama memberi peluang perniagaan kepada pengusaha kecil dan sederhana.

ARTIKEL YANG SAMA