Harimau dilihat merayau di jalan sesak Doha

Harimau dilihat merayau di jalan sesak Doha

DOHA, 8 Mac (AFP) – Seekor harimau dilihat merayau-rayau di sekitar jalan paling sibuk di Doha hari ini, dan para pegawai kerajaan mengatakan mereka akan menyiasat insiden itu selepas rakamannya disiarkan online.

Gambar dan video berkenaan menunjukkan harimau tersebut merayau-rayau di sekeliling kenderaan di Doha Expressway telah memenuhi media sosial di negeri kecil Teluk berkenaan.

Rakaman itu termasuk video 20 saat dalam YouTube dan Twitter menunjukkan kucing besar tersebut berlari menerusi laluan kesesakan lalu lintas, kelihatannya cuba untuk mencari jalan keluar daripada kesesakan berkenaan.

Rakaman itu juga menunjukkan harimau berkenaan pada awalnya jatuh ke sebatang jalan daripada sebuah trak yang sedang bergerak.

Kementerian hal ehwal dalam negeri dalam Twitternya, mengatakan ia akan menyiasat insiden berkenaan.

“Kami akan memastikan semua pihak berkuasa yang berkenan akan mengikuti jejak permulaan harimau yang dilihat di beberapa kawasan di negara itu,” menurut tweetnya.