Harimau serang penjaga zoo

Harimau serang penjaga zoo

SYDNEY, 21 Jan – Seekor harimau menyerang penjaga zoo di Australia hari ini, mengakibatkannya mendapat ‘luka tusukan yang teruk’ di kepala di pusat pelancong popular, kata pegawai.

Lelaki dalam lingkungan umur 40-an itu diberi rawatan oleh paramedik di Zoo Sunshine Coast Australia, ditubuhkan oleh keluarga mendiang bintang “Crocodile Hunter” Steve Irvin, atas luka yang dialami di dahi dan tangan pergelangan dan luka cakar di badannya, kata jurucakap ambulans negeri Queensland.

Luka di kepala adalah “teruk” tetapi tidak mengancam nyawa, beritahu jurucakap kepada AFP, menambah lelaki itu dibawa ke sebuah hospital berhampiran dalam keadaan stabil.

Satu kenyataan daripada Zoo Australia berkata kecederaan adalah “kecil” dan dialami selepas penjaga zoo, yang tidak didedahkan namanya, “dicakar ketika sesi rutin pada pagi.”

“Ketika berjalan menerusi belukar di zoo, Ranu – harimau Sumatra jantan berusia 12 tahun di Zoo Australia – menjadi amat berminat dalam persekitarannya dan apabila pengendalinya menghampirinya untuk menukar haluan, dia menghentak-hentak kakinya mengakibatkan luka cakar di tangan pergelangan kirinya, biseps dan dahi bahagian kanan,” tambah kenyataan.

Pengendali dibenarkan keluar daripada hospital lewat hari ini dan kembali bekerja “pada hari-hari akan datang,” kata zoo.

Menurut laman web zoo, pengendali yang mengendali Ranu seberat 120 kilogram itu “perlu ingat bahawa dia adalah bos dan adalah amat penting dia perlu bersabar dengannya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA