Harimau Sumat...

Harimau Sumatera baham lelaki Indonesia hingga mati

JAKARTA, 12 Jan – Seekor harimau Sumatra telah membaham seorang lelaki Indonesia hingga mati di kawasan taman negara, dalam serangan ganas yang meninggalkan kesan gigitan di seluruh badan mangsa, kata para pegawai hari ini.

Lelaki yang dinamakan hanya sebagai Sudir, bersama empat rakannya pada Selasa mengumpul daun pokok kelapa sawit – yang digunakan untuk membuat atap bagi rumah-rumah kampung tradisional – apabila serangan itu berlaku, kata pegawai taman, Afan Absori.

Mereka meninggalkan Taman Negara Sembilang di pulau Sumatera semasa waktu senja apabila mangsa berusia 25 tahun itu tiba-tiba menjerit ketika harimau menerkamnya.

“Kumpulan itu melihat seekor harimau mendekati Sudir dan keempat-empatnya terus melarikan diri untuk meminta bantuan daripada orang kampung yang tinggal berhampiran,” Absori memberitahu AFP.

“Namun apabila mereka kembali semula, harimau itu sudah pergi dan membaham Sudir,” katanya.

Jurucakap polis tempatan, Cahyo Budi Siswanto mengesahkan kematian itu dan mengatakan ada kesan gigitan di leher, kaki dan punggung Sudir.

Dia disahkan mati di tempat kejadian, kata pegawai taman, menambah bahawa lelaki berkenaan tidak seharusnya berada di kawasan taman tempat serangan berlaku itu kerana ia adalah kawasan yang dikawal. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA