Harimau ‘tarikan’ India mati

Harimau ‘tarikan’ India mati

NEW DELHI, 18 Ogos – Harimau terkenal India, yang dirakamkan oleh beribu pelancong sejak beberapa tahun di taman hidupan liar utara, mati hari ini, beberapa hari selepas haiwan yang sudah tua itu berhenti makan.

Machli adalah bintang tarikan Taman Negara Ranthambore selama beberapa tahun kerana ketenangannya dan gemar bagi aksi rakaman kamera daripada orang ramai.

Tetapi Machli, harimau betina yang sudah lama di taman itu pada usia 20 tahun, berada dalam keadaan lemah sejak beberapa tahun dan kehilangan gigi.

Dia ditemui dalam keadaan lapar dan terbaring minggu ini di sempadan taman di negeri Rajasthan, yang mencetuskan penjagaan berterusan oleh veterinary dan kakitangan taman itu.

“Kami cuba memberikannya rawatan tetapi dia mati. Ia adalah kematian semula jadi yang berhubungkait kepada usianya,” pengarah projek harimau Ranthambore, Yogesh Kumar Sahu memberitahu AFP.

Harimau Royal Bengal yang terancam hidup pada perkadaran bagi 10 sehingga 15 tahun.

Kematiannya menjadi tajuk utama di India, sementara peminat-peminat yang sedih berada dalam media sosial untuk memberikan penghormatan mereka kepada ‘lady of lake” dan ‘queen of Ranthambore’.

Berada dalam dokumentari-dokumentari hidupan liar, dia penah difilemkan berjaya menentang buaya sepanjang empat meter (14 kaki), menurut laman sesawang taman itu.

Machli, perkataan dalam bahasa Hindi bermaksud ikan kerana bentuk mukanya, juga memiliki 11 ekor anak sejak beberapa tahun yang menghasilkan hampir setengah dari populasi harimau di taman itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA